-->

Review dan Tips Game Android Fallout Shelter

- 2:38 PM
advertise here

Fallout 4 bakal menemui gamer pada 10 November 2015 ini. Sementara menunggu game tersebut, developer Fallout 4 iaitu Bathesda yang juga developer game legend DOOM menghadiahkan peminat siri Fallout dengan mobile game Fallout iaitu Fallout Shelter.  Sebelum ini game ini hanya terdapat di ios. Kini di Google Play! Download Fallout Shelter.

Secara jujur, kami anggap mobile game dari Bathesda ni sangat best dimainkan dan tak boring.
Banyak fungsi-fungsi dan variable dalam game ni.. Contohnya apabila 1 room terbakar atau diserang, anda boleh assign mana-mana Dweller di room lain untuk bantu room yang memerlukan pertolongan. Selepas selesai, Dweller dengan sendirinya akan kembali ke room masing-masing.. :)


Contoh Vault yang berjaya




Game ni agak complicated kalau gamer baru nak start main. Tapi kalau dah faham apa itu SPECIAL.. senang citer! Silap-silap addicted nanti. Setiap room ditanda dengan huruf yang perlu Dweller ada untuk menaikkan chances dan mengurangkan timer room tersebut. SPECIAL ni memang penting dalam game Fallout Shelter dan Fallout yang sebenar. Selain berguna dalam Vault atau Shelter, apabila Dweller dihantar untuk explore di Wasteland, SPECIAL juga berguna untuk memastikan Dweller anda berjaya di dunia luar.. or Wasteland. Berikut adalah huraian SPECIAL :

S = Strength

Di Dalam Vault
  •  Mengurangkan timer apabila bekerja di Power Plant.
Di Wasteland (Dunia Luar)
  • Diperlukan untuk membuka locker dan kotak. Semakin tinggi Strength semakin tinggi harapan nak dapat rare item.
  • Lebih tinggi Strength lebih kuat Dweller anda bertahan di Wasteland.
P = Perception

Di Dalam Vault
  • Hit Chance dalam combat. (Apabila Vault diserang)
  • Mengurangkan timer di Water Treatment and Water Purification rooms.
Di Wasteland
  • Menambahkan lagi peluang untuk Dweller/Explorer anda untuk jumpa banggunan tinggal, kotak dan lain-lain.
E = Endurance

General
  • Health points (apabila di dalam dan di luar Vault)
  • Mengelak radiasi dan kecederaan.
Di Dalam Vault
  • Food and water production timer
C = Charisma 

Di Dalam Vault
  • Meninggkatkan kesuburan ( Timer untuk pregnant dikurangkan) :)
  • Timer di Radio Room dikurangkan.
Di Wasteland
  • Peluang untuk berkawan dengan Dweller/Explorer lain di luar.
  • Boleh berinteraksi dengan hamba.
I = Intelligence 

Di Dalam Vault
  • Timer Med-Bay (Bilik Stims dan Radaway) dikurangkan.
Di Wasteland
  • Heal dan tolong orang di luar.
A = Agility

Di Dalam Vault
  • Timer produksi makanan dari Diner dan Garden dikurangkan.
  • Attack Speed bertambah.
Di Wasteland
  • Kurang kecederaan apabila anda cabut lari dari fight.
L = Luck

Di Dalam Vault
  • Mengurangkan peluang failure apabila anda RUSH.
  • Peluang untuk mendapat Caps yang lebih.
Di Wasteland
  • Loot mungkin dapat banyak.. ikut luck ko la
Jadi gamer yang menunggu Fallout 4 tu.. Jom layan Fallout shelter ni dulu.. Berikut adalah beberapa eye candy dari Fallout 4..



Advertisement