-->

Cerita dan Wajah Sebenar Sham Aku Hidup Dalam Blues

- 4:59 PM
advertise here
Kanak-kanak Gen X mesti pernah baca Ujang kan? Pernah Baca Aku Hidup Dalam Blues? Kenal Sham? Mesti la! Kalau sebelum ni +metarojak post pasal Fanikatun, Antara kartunis baru di tanahair, Hari ni +metarojak selit post kartunis otai pulak amacam?

Siapa tak kenal Aie Sulong? Kartunis Otai dari Malaysia yang setanding dengan rakan seperjuangan beliau, Bro Ujang. Antara karya beliau yang terkenal ialah Aku Hidup Dalam Blues, Abe, Pak Andak dan lain-lain lagi.

So selama korang hidup ni pernah terbayang tak mana datangnya watak Sham Aku Hidup Dalam Blues tu?? Ceritanya bermula apabila Aie tengah kusut macam mana nak menghidupkan watak Sham ni.. berikut adalah cerita yang dipetik dari FB Azzam Supardi, rakan Aie Sulong..




"Kau cakap betul-betul, Zam... apa bentuk watak Sham ni? Aku nak lukis dah ni," Aie tanya tiba-tiba.
"Kan aku dah cakap hari tu. Tak berapa hensem, serabai, grunge," jawab saya, describe watak Sham.

"Muka... muka... lonjong ke bulat ke empat segi ke?" Aie tanya lagi. 
"Gini la senang... kau ambik muka Wan Tepen. Kau conteng-conteng jadi kartun sikit," saya jawab lagi. Aie terus gelak tak hingat!
So... macam tu la lebih kurang terciptanya watak Sham dalam AKU HIDUP DALAM BLUES. Dan... inilah dia Wan Tepen yang dimaksudkan. Tapi masa tu Wan ni muda lagi la, 20 tahun yang lalu.
Dan... pertemuan hari ni adalah yang pertama selepas hampir 20 tahun saya tak berjumpa dengan Wan Tepen. Alhamdulillah. Nampak sihat walaupun baru saja accident yang agak teruk juga. Semoga Wan Tepen terus diberikan kesembuhan dengan cepat. Amin.
So... bagaimana pula watak baru - Haikal yang akan 'menyinar' dalam cerita AKU & JALAN ROBINSON dalam majalah GILA-GILA kelak? Tunggu je la...
 Ni gambar baru.. Sham diadaptasikan 20 tahun dulu.. lain la sikit.. tapi still ada iras-iras kan? hehehe
Terbaik la Bro Aie Sulong!

Semoga Bro Wan Tepen @ Sham cepat sembuh! -27/08/2015 -metarojak
Advertisement