-->

Gambar Untuk Menjelaskan efek Aperture, Shutter Speed, dan ISO kepada Foto anda

- 3:01 PM
advertise here
Nak tangkap gambar yg perfect? So korang kena master semua ini. Aperture, Shutter Speed, dan ISO.

Aperture mengawal cahaya yang masuk ke dalam lensa kamera anda. Jika anda mengambil gambar menggunakan Aperture yang paling kecil, bermakna cahaya yang masuk adalah paling sedikit berbanding bukaan Aperture yang besar. Bagaimana jika tempat yang anda ingin ambil gambar itu terlalu terang? Boom! adjust ke aperture yang kecil dan bersesuaian. Bukaan aperture yang besar akan mengakibatkan gambar over expose. Saiz Aperture diukur menggunakan f-stops (F1,4/F2/F2,8) and so on. Makin tinggi nilai f-stops, makin kecil bukaan lubang aperture. Aperture yang rendah bermakna bukaan aperture lebih besar.

Shutter Speed pula ialah durasi dimana pintu/tingkap shutter dibuka untuk membolehkan cahaya masuk ke sensor kamera. Shutter Speed biasanya di ukur dengan pecahan sesaat. Cahaya hanya masuk dengan sedikit jika menggunakan Shutter Speed yang tinggi atau laju. Jadi, Shutter Speed yang tinggi biasanya digunakan pada siang hari dan suasana yang terang. Manakala Shutter Speed yang rendah membenarkan cahaya masuk lebih banyak pada sensor kamera. Biasanya ia digunakan ketika malam dan suasana yang agak gelap. Tetapi perlu diingatkan bahawa Shutter Speed yang lebih rendah mungkin memerlukan tripod supaya kamera anda tidak bergoyang ketika mengambil gambar.



ISO pula ialah paras sensitiviti kamera anda kepada cahaya ketika hendak mengambil gambar. Ia di ukur menggunakan nombor mudah. Jika anda kerap mengambil gambar, mungkin anda sudah arif dengan penggunaan ISO bergantung dengan cahaya persekitaran anda. ISO yang rendah bermakna kurang sensitiviti dengan cahaya manakala ISO yang tinggi akan lebih sensitif terhadap cahaya. Kelemahan ISO yang lebih tinggi adalah gambar anda akan terdapat bintik-bintik atau dipanggil noise atau grainy.

Jadi bagaimana anda mahu mengambil gambar dengan pencahayaan yang sempurna? Jawapannya, tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Ketiga-tiga elemen penting iaitu Aperture, Shutter Speed, ISO perlu dikawal dengan betul. Jika di siang hari, sudah tentu anda dapat cahaya matahari yang tinggi. Kalau Aperture anda set paling kecil, ia bermakna Aperture akan hanya membenarkan sedikit sahaja cahaya untuk masuk. Ini bermakna anda haruslah set Shutter Speed anda rendah supaya sensor dapat mengumpul cahaya yang cukup.

Dari diagram di bawah, Bahagian atas adalah saiz aperture, di tengah adalah paras shutter speed dan dibawah adalah paras ISO.


Sumber : A Picture To Show You Clearly The Effects of Aperture, Shutter Speed and ISO On Images
Advertisement